Umno untuk semua ahlinya, bukan MT sahaja — KJ


  • Politik
  • Jumaat, 27 Jan 2023

Nasib bekas Ketua Pemuda Umno dalam parti itu hanya akan diketahui selepas MT Umno mengadakan mesyuarat pada Jumaat. — Bernama

MEMILIKI pandangan yang berbeza dengan kepimpinan parti dan menuntut proses demokrasi bukan bermakna tidak setia kepada parti.

Demikian kata Khairy Jamaluddin menjelang keputusan mengenai nasibnya dalam Umno.

"Umno milik ahlinya semua. Bukan hanya Majlis Tertinggi (MT)" katanya menerusi Facebook story pada Jumaat.

Nasib bekas Ketua Pemuda Umno dalam parti itu hanya akan diketahui selepas MT Umno mengadakan mesyuarat pada Jumaat.

326340929_716782173290249_7169039537762386183_n

Sebarang keputusan yang dibuat oleh MT Umno adalah berdasarkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin parti yang diadakan pada Rabu.

Selain Khairy, Tan Sri Noh Omar juga dipercayai akan dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno pada 30 Januari depan.

Perhimpunan Agung Umno 2022 lalu meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Khairy sebelum ini mendakwa wujud cubaan membawa masuk 'perwakilan import' bagi mengundi usul berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram