"KALAU kita nak mudah, orang lain pun nak mudah, jadi jangan susahkan urusan orang lain."
Demikian pandangan majoiti pengguna media sosial apabila tular sebuah gambar melibatkan seorang warga emas berkerusi roda dipercayai berlaku di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah sejak Khamis.
Gambar tersebut mendapat perhatian orang ramai apabila warga emas terbabit yang berkerusi roda tidak dapat menggunakan laluan pejalan kaki apabila dihalang beberapa buah motosikal yang diletakkan di kiri dan kanan.
Laluan pejalan kaki menjadi sempit apabila beberapa buah motosikal diletakkan di sebelah kiri dan kanan. — Twitter
Seorang pengguna media sosial mendakwa, masalah ini sudah lama berlaku kerana pihak bertanggungjawab tidak menyediakan parkir buat penunggang motosikal.
"Masalah ni memang dah lama, untuk motor pula, tak ada disediakan parking khas sebab tu motor parking macam ini.
"Tambahan jumlah moto dekat HSB ini agak banyak, jadi mana-mana yang boleh parking dekat situ, motor akan parking.
"Harap pihak HSB boleh ambil inisiatif selesaikan kedua-dua masalah ini," katanya.
Dalam pada itu, menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen rata-ratanya orang ramai ingin pihak hospital terbabit mengambil tindakan segera.
"Boleh print gambar ini dan tampal di setiap tiang, baru pemilik motor tahu kesannya," kata @brothermuin.
"Tengok jalan dah tahu dekat Hospital Sultanah Bahyiah, saya tolak anak dalam stroller pun tak lepas nak lalu sini," jelas @mhmednazrin.
"Yang bermasalah adalah tiada parking motor, pak cik tak salah, penunggang pun tak salah," ujar @ahmadluqmanur.
Keadaan terkini laluan terbabit selepas pihak hospital mengambil tindakan.
Dalam pada itu, berdasarkan gambar tular terkini yang dikongsikan netizen pada Khamis, pihak HSB sudah mengambil tindakan dengan meletakkan tali rentang di sepanjang laluan pejalan kaki berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram