[VIDEO] Lelaki 'creepy' ekori 2 wanita, baling batu besar ke kereta mangsa di JB


  • Tular
  • Ahad, 15 Jan 2023

Tangkap layar video lelaki mengekori mangsa sambil memerhatikan pergerakan mereka dengan menunggang motosikal.

SEORANG wanita menceritakan berhadapan situasi genting apabila diekori penunggang motosikal dan kenderaannya menjadi mangsa perbuatan khianat oleh suspek, baru-baru ini di Johor Bahru, Johor.

Menceritakan semula hari kejadian di laman aplikasi TikTok miliknya, wanita tersebut bersama rakannya hadir ke kawasan terbabit untuk menghadiri sesi temuduga.

Namun ketika dia bersama rakannya berada di kawasan kejadian, seorang lelaki mengekori mangsa sambil memerhatikan pergerakan mereka dengan menunggang motosikal.

Selepas mengekori mangsa bersama rakannya, penunggang motosikal itu kemudiannya datang ke arah kereta wanita terbabit dan terus baling dengan batu 'block'.

Suspek kemudiannya beredar dari kawasan terbabit selepas melakukan perbuatannya itu.

Menurut wanitan itu, beberapa saksi kejadian juga menyedari suspek membawa batu berkenaan di dalam bakul motornya.

Namun mereka tidak menyangka batu tersebut akan digunakan untuk melakukan perbuatan khianat terhadap mangsa.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 50 saat itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di kawasan Perindustrian Desa Cemerlang, Johor Bahru, Johor.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai menasihati pengguna media sosial lain supaya sentiasa berhati-hati.

"Dekat situ memang banyak kes kecurian, rumah kakak saya banyak kali kena rompak, sekarang jalan itu dah ada CCTV," ujar Klysya Saleh.

"Apa motif dia sampai buat macam itu dekat kereta awak? Apa-apa pun yang penting anda selamat," kata Wakkacot630.

"Terkejut bila dia buka pintu itu ada carseat, nasib baik tak ada baby dalam itu, harap semuanya selamat," luah EL.

Dalam pada itu mangsa sudah buat laporan polis dan kini sedang menunggu maklum balas dari pihak berkuasa tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram