Johor, Perak antara 9 negeri dilanda ribut petir sehingga 7 petang


  • Primer
  • Ahad, 15 Jan 2023

Beberapa kawasan sekitar ibu negara turut dijangka terlibat dengan fenomena tersebut.

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kuat yang dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga pukul 7 petang Ahad.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, negeri terlibat termasuklah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara itu, beberapa daerah di Perak, termasuk Larut, Matang dan Selama dan Kuala Kangsar difahamkan akan terlibat dengan fenomena alam itu.

Amaran juga dikeluarkan untuk Bentong dan Kuantan di Pahang Pahang; Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat (Selangor) serta Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan).

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), serta Sarawak di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Kapit (Song). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram