Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri


  • Primer
  • Rabu, 11 Jan 2023

Hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga 5 petang, Rabu. — Bernama/ Gambar hiasan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga 5 petang, Rabu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Di Kedah, kawasan terlibat adalah Langkawi, Baling dan Kulim manakala di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

Amaran sama dikeluarkan di Jeli dan Pasir Putih di Kelantan; Besut dan Setiu (Terengganu); Bentong, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang); Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan); dan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor).

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak diikuti Kuala Penyu dan Beufort di Sabah dan Labuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram