PM belum arah semua menteri Kabinet isytihar harta - Rafizi


  • Politik
  • Khamis, 12 Jan 2023

Rafizi mengakui tiada arahan dibuat oleh Anwar terhadap menterinya untuk isytihar aset.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mengarahkan pengisytiharan aset menteri Kabinetnya, kata Rafizi Ramli.

Menteri Ekonomi itu berkata, sebarang perbincangan mengenai kemungkinan pengisytiharan aset oleh bukan anggota PKR dalam Kabinet Anwar masih belum dibincangkan.

"Topik itu belum pernah dibangkitkan sekali pun dalam mesyuarat kami," katanya.

Rafizi berkata, walaupun dia percaya menteri bukan PKR harus mengisytiharkan harta mereka kepada Anwar sebagai satu bentuk ihsan, keputusan sama ada berbuat demikian akhirnya terletak pada Perdana Menteri sendiri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Rafizi berkata, 72 calon PKR dikehendaki mengisytiharkan harta mereka sebelum bertanding sebagai calon bagi menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti.

Sebelum PRU15, Anwar sendiri telah berjanji untuk memecat mana-mana anggota kabinetnya sekiranya mereka gagal mengisytiharkan harta mereka jika Pakatan Harapan berkuasa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram