Naza Ria terbakar ketika bergerak, mangsa sempat selamatkan diri


  • 112
  • Khamis, 12 Jan 2023

Tangkap layar video kereta Naza Ria terbakar sebanyak 90 peratus ketika sedang bergerak.

SEBUAH kenderaan pelbagai guna (MPV) dilaporkan musnah dalam kebakaran di hadapan sebuah stesen minyak dekat Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) pagi Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.03 pagi.

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 23 minit kemudian dan mendapati sebuah kereta Naza Ria terbakar sebanyak 90 peratus ketika sedang bergerak,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, mangsa berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram