[VIDEO] Masuk simpang tak tengok kiri kanan, penunggang motosikal tinggal 'seinci' lagi dirempuh lori


  • Berita
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Tangkap layar video yang memaparkan seorang penunggang motosikal nyaris dirempuh lori kontena di China.

SEORANG penunggang motosikal nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya nyaris dirempuh lori kontena dalam kejadian yang dipercayai berlaku di China.

Insiden yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu tular di media sosial pada Jumaat dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet.

Menerusi video tersebut, jalan utama yang dilalui lori kontena itu pada mulanya lengang.

Namun, penunggang motosikal kemudian tanpa melihat ke arah kiri telah masuk ke laluan utama.

Penunggang motosikal itu bernasib baik kerana lori kontena itu berjaya melakukan brek kecemasan dan hampir merempuhnya.

Motosikal itu juga dilihat sempat bertindak segera untuk mengelak daripada dilenyek lori kontena itu.

Lori kontena itu kemudian terbabas masuk ke kawasan hutan di sebelah kiri jalan manakala penunggang motosikal pula melarikan diri.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan warganet menyalahkan penunggang motosikal itu kerana masuk ke jalan utama secara terburu-buru.

Malah, ramai yang mengatakan bahawa penunggang motosikal itu sepatutnya berhenti dahulu dan memastikan keadaan selamat sebelum masuk ke laluan utama. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram