Kereta terbabas dalam parit kering, bomba Perak guna alat khas keluarkan 2 mangsa maut


  • 112
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Operasi menyelamat dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di lokasi kejadian. — Bomba Perak

DUA lelaki maut selepas kenderaan yang mereka naiki terhumban ke dalam parit berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di Ipoh, Perak pada awal pagi Sabtu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 5.19 pagi.

"Kereta jenis Honda Accord dinaiki kedua-dua mangsa mengalami remuk di bahagian hadapan dan pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa 30 minit kemudian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Seorang daripada mangsa dikenali sebagai R Dhaarnish, 29, manakala seorang lagi tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.44 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram