Tiada sekatan warga China, 8 pro and kontra terhadap negara


  • Massa
  • Rabu, 04 Jan 2023

Tiada sekatan terhadap pelancong China untuk ke dalam negara ditetapkan kerajaan.

MESYUARAT Kabinet pada Rabu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian terutamanya melibatkan pengurusan kes Covid-19.

Ini kerana terdapat desakan daripada rakyat yang mahukan pintu sempadan negara ditutup daripada pelancong China ekoran jumlah kes tinggi dan varian baharu yang ada dalam negara itu.

Ramai yang khuatir kehadiran warga China ke negara ini akan meningkatkan kes Covid-19 yang sekarang ini berada dalam keadaan stabil.

Namun, Anwar menerusi sidang medianya tidak memaklumkan sebarang sekatan terhadap pelancong China sebaliknya mengetatkan kawalan saringan Covid-19 kepada semua pelancong.

323625087_657519262791438_1444247659250274439_n

Anwar (empat dari kiri) selepas selesai mesyuarat kabinet pada Rabu. — Facebook/Anwar Ibrahim

"Kerajaan memutuskan kepentingan dan perawatan kesihatan rakyat diberi keutamaan hal-hal melibatkan pelancongan dan ekonomi.

"Justeru itu, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan mana-mana pelancong dari mana-mana negara tidak dilonggarkan sama sekali terutamanya dari negara-negara berisiko tinggi," katanya.

Hendak menutup pintu sempadan bagi sesebuah negara bukan sesuatu yang mudah terutamanya melibatkan China yang merupakan rakan dagangan utama Malaysia.

Berikut Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Madeline Berma kongsikan kepada Majoriti masing-masing empat pro dan kontra jika kerajaan mengambil keputusan untuk menyekat pintu sempadan negara kepada China.

Positif

1. Perdagangan - China adalah kuasa ekonomi dunia, dan rakan dagang utama Malaysia.

Pembukaan sempadan ini akan meningkat perdagangan antara dua negara.

2. Pelaburan asing - selain dari perdagangan pelaburan asing juga akan meningkat.

3. Pelancongan - sektor pelancongan akan mengalami peningkatan. Pelancong China akan kembali melawat Malaysia

4. Sektor perniagaan, harta tanah dan logistik di Malaysia akan berkembang lebih pesat dengan pembukaan semula sempadan China.

Negatif

1. Menjejaskan usaha pemulihan semula pasca Covid-19. Kerajaan perlu memperketatkan semula langkah pengawalan.

2. Akan berlaku peningkatan dalam kes covid dan penyakit berkaitan

3. Malaysia perlu menghadapi kesan limpahan. Pelancong dari negara selain China akan berwaspada dan mengelak daripada melawat Malaysia kerana khuatir kesan dari kehadiran pelancong China.

4. Kos pengawalan Covid-19 akan meningkat. Kajian mendalam perlu dilakukan untuk mengenalpasti varian virus baharu yang mungkin muncul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram