PEMAKAIAN pelitup muka akan diwajibkan di Melaka menjelang 17 Januari ini, sekiranya kes Covid-19 mencatatkan peningkatan, kata kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah pencegahan dengan menjadikan pelitup muka sebagai satu kewajiban di tempat awam adalah selaras dengan peningkatan jumlah wabak itu di peringkat global.
"Kami sedang memantau keadaan dan tidak teragak-agak untuk mewajibkan pelitup muka di tempat awam dan premis lain jika perlu, berdasarkan penilaian dua minggu jumlah kes yang dilaporkan," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Pada masa, beliau turut menggesa penduduk tempatan dan pelancong supaya mula memakai pelitup muka berkuat kuasa serta-merta.
"Kami juga menggesa penduduk tempatan mengambil dos penggalak mereka sebagai langkah berjaga-jaga, terutamanya kumpulan berisiko tinggi," tambahnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram