Dua varian tular di China sudah masuk Malaysia sejak tahun lepas


  • Primer
  • Selasa, 03 Jan 2023

Dr Noor Hisham berkata, setakat 31 Disember lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7.

DUA varian Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini, telah dikesan di Malaysia, masing-masing sejak 16 Mac dan 21 Ogos lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama bagi BF.7 yang dikesan pada 21 Ogos merupakan kes jangkitan tempatan, manakala kes kedua pada 6 September (kes import jangkitan dari Turkiye), dan kes ketiga pada 7 Oktober merupakan kes jangkitan tempatan.

"Di peringkat global pula bagi varian BA.5.2, kemuncak penularan adalah sekitar bulan September-Oktober 2022 dengan kebanyakannya dikesan di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat.

"Bagi varian BF.7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemukan di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Pada Isnin, Dr Noor Hisham berkata, setakat 31 Disember lepas, terdapat sejumlah 4,148 kes di negara ini yang dijangkiti varian BA.5.2 dan tiga kes dijangkiti BF.7. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram