PERSATUAN Bola Tampar Malaysia (Mava) menggantung sementara jurulatih yang tular kerana menampar dua orang pemainnya dalam satu Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun.
Mava berkata, pihaknya mengambil langkah untuk menubuhkan satu badan siasatan menyiasat kejadian tersebut dengan serta merta.
“Mava sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekasaran ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta perlembagaan Mava,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mava juga akan berhubung dengan pihak-pihak yang berkaitan serta pihak berkepentingan.
Majoriti sebelum ini melaporkan satu video yang memaparkan tindakan biadab seorang jurulatih bola tampar menampar pemainnya.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) pada 16 Disember lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram