Penonton maut dirempuh kereta lumba di Litar Dato' Sagor


  • Tular
  • Sabtu, 31 Dis 2022

Detik-detik sebelum mangsa dirempuh kereta lumba yang terbabas.

SEORANG lelaki meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta ketika menyaksikan perlumbaan di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, Perak petang Sabtu.

Dalam rakaman video kejadian yang tular di media sosial, mangsa dirempuh selepas salah sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas selepas dihimpit sebuah kenderaan lain.

Sebelum rempuhan, kelihatan tiga individu berada di tepi litar termasuk mangsa.

Dua lagi individu berjaya menyelamatkan diri, manakala mangsa tidak sempat mengelak dan dirempuh kereta terbabit.

Majoriti difahamkan kes itu masih dalam siasatan dan pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram