Polis tahan lelaki masalah mental cabut 11 batu nisan, rosakkan 4 lagi di Sibu


  • 112
  • Khamis, 29 Dis 2022

Suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Jalan Channel, Sibu kira-kira pukul 1 tengah hari pada Khamis.

POLIS menahan seorang lelaki yang memiliki sejarah masalah mental pada Khamis, kerana disyaki menceroboh dan merosakkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim yang berusia lebih 100 tahun, Sibu, Sarawak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek berumur 49 tahun itu ditahan di Jalan Channel, Sibu kira-kira pukul 1 tengah hari pada Khamis dan dirujuk ke wad psikiatri Hospital Sibu.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat kira-kira 1.58 tengah hari Sabtu lepas dan siasatan awal mendapati 11 lot kubur dengan batu nisannya dicabut dan patah manakala empat lot lagi mengalami kerosakan.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan di tempat-tempat perkuburan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azid menerusi talian 011-31873715. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

suspek, rosak, kubur, Sibu, mental