PEMBANGUN hartanah di Petaling Jaya, Selangor, tidak lagi perlu mengemukakan laporan penilaian hartanah apabila memohon kebenaran merancang daripada majlis bandaraya mulai 1 Januari tahun depan.
Hal ini kerana, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengambil alih tugas menyediakan laporan penilaian hartanah.