Kerja korek tanah perlahan, operasi SAR guna alat khas elak jengkaut 'sakiti' mayat


  • 112
  • Ahad, 18 Dis 2022

Bomba menggunakan alat Ground Penetrating Radar untuk membantu proses pengesanan mayat insiden tanah runtuh di Father's Organic Farm. — Ihsan bomba

PASUKAN penyelamat menggunakan bantuan peralatan Ground Penetrating Radar untuk membantu proses pengesanan mayat insiden tanah runtuh di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Hulu Selangor, Selangor.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, alat itu juga digunakan mengukur ketebalan tanah runtuhan yang berlaku ke atas mangsa-mangsa.

"Kedua-dua pasukan yang menggunakan peralatan ini ditempatkan di sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) bagi membantu mengesan lokasi mayat.

WhatsApp Image 2022-12-18 at 12.41.56 (1)

Bomba menggunakan alat Ground Penetrating Radar untuk membantu proses pengesanan mayat insiden tanah runtuh di Father's Organic Farm. — Ihsan bomba

“Kaedah yang digunakan ketika ini ialah dengan mengalihkan tanah runtuhan dan serpihan sedalam kira-kira 0.9meter (m) hingga 1.2m.

“Selepas itu, pengorekan akan dihentikan dan pemeriksaan lanjut akan dijalankan termasuk menggunakan Unit Pengesanan K9,” katanya.

Sementara itu, Norazam berkata, proses penggalian tanah runtuhan menggunakan jentera pengaut juga dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan jentera mengenai mayat.

"Kita tak nak mereka (pasukan penggalian) korek tanah itu seperti mereka mengorek tanah untuk kerja-kerja pembersihan tanah. Ia harus dilakukan secara perlahan dan tidak secara dalam,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram