DI saat Malaysia masih lagi berduka dengan kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, Pahang pada Jumaat lalu, ada juga segelintir individu yang kurang sensitif terhadap insiden tersebut.
Di Twitter, tindakan seorang gadis, @liyana5yazwani mempersoalkan bantuan kerajaan yang mengumumkan bantuan wang segera RM10,000 kepada setiap keluarga yang maut dikecam warganet.
Difahamkan gadis tersebut memuat naik ciapan seolah-olah tidak berpuas hati dengan jumlah bantuan kewangan yang tinggi kerana kebanyakan mangsa bekerja di sektor kerajaan dan berpendapatan tinggi.
Tambahnya lagi, bantuan kewangan itu itu tidak logik dan sepatutnya diberikan pada orang daif yang lebih memerlukan.
Walaupun Liyana ciapan tersebut sudah dipadamkan namun, seorang pempengaruh (influencer) Twitter, @nizambakeri berkongsi semula tangkapan skrin ciapan berkenaan dan meluahkan rasa kecewanya kerana menganggap gadis tersebut tidak mempunyai empati.
"Imagine being this unthoughtful. Tenat penyakit hati kau ni," tulisnya.
@liyana5yazwani mempersoalkan bantuan kerajaan yang mengumumkan bantuan wang segera RM10,000 kepada setiap keluarga yang maut dikecam warganet.
Ciapan @nizambakeri turut menarik perhatian warganet yang lain sehingga dikongsi sebanyak 4,478 kali.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengecam tindakan gadis tersebut kerana dianggap tidak sensitif.
Seorang pengguna Twitter @M_Hafiez11 meminta Liyana berfikir secara waras.
"Semoga penyakit sebegini dijauhkan dari kita dan semoga dia (Liyana) pun diberi kesembuhan. Mungkin dia tak faham, kat dunia ni, mati pun pakai kos yang tinggi.
"Sedikit sebanyak, sumbangan tu mampu memudahkan urusan buat family mangsa. Pada dia, kerja government, wajib kaya-raya," katanya.
@RusilaA berasakan gadis tersebut tidak seharusnya mempertikaikan bantuan tersebut.
"Memang dahsyat penyakit hati dia. Dia tak tahu ke untuk keluarga yang meninggal itu kos pengebumian pun mahal sekarang. Sekurang-kurangnya boleh melegakan beban keluarga yang nak fikir pasal itu," tulisnya.
Sementara itu, @Azrine pula berkata, Liyana adalah seorang gadis yang tidak mempunyai hati dan perasaan.
"Liyana ini bagi aku tidak mempunyai hati dan rasa empati. Mungkin juga bodoh, aku harap suatu hari nanti salah seorang yang dia sayang akan ditimpa kesusahan sampai satu tahap dia perlu minta bantuan. Semoga dibuka pintu hati kau dik untuk ada sifat kemanusiaan," katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemberian sumbangan RM10,000 untuk setiap mangsa yang meninggal dunia dalam runtuhan tanah di Batang Kali.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 pula diberikan kepada mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.
Setakat Ahad, angka korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan berkenaan meningkat kepada 24 mangsa dan sembilan lagi masih hilang.
Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan itu masih giat dijalankan oleh agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram