5 calon bakal 'kemudi' Dewan Rakyat bawah pimpinan Anwar


  • Primer
  • Sabtu, 17 Dis 2022

Parlimen akan mula bersidang pada 19 Disember depan.

PEMBENTUKAN kerajaan yang diterajui Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sering dihantui tanda tanya.

Bermula daripada siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri ke pelantikan Menteri, ada sahaja spekulasi yang menjadi bualan orang ramai.

Terbaharu, siapa yang bakal memegang jawatan Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat juga masih menjadi tanda tanya.

Ini kerana Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 2 Disember lalu mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai YDP Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang pada Isnin depan.

Berikut Majoriti senaraikan lima individu yang berkemungkinan akan menjadi YDP Dewan Rakyat bermula 19 Disember depan.

WhatsApp Image 2022-12-16 at 6.10.40 PM (1)

Tan Sri Azhar Azizan Harun

Azhar Azizan merupakan penyandang YDP Dewan Rakyat yang mula dilantik pada 2020 dan dikatakan namanya sekali lagi telah diserahkan Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Azhar juga merupakan YDP Dewan Rakyat yang dilantik ketika era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

WhatsApp Image 2022-12-16 at 6.10.40 PM

Datuk Mohd Rashid Hasnon

Mohd Rashid merupakan penyandang Timbalan YDP Dewan Rakyat yang dilantik ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun namanya dikatakan bakal menjadi YDP Dewan Rakyat, Mohd Rashid engan mendedahkan bahawa nampanya telah dihantar oleh PN.

Jelasnya, ini kerana dia bukan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

radzisheikh001a-e1670932212303

Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad

Nama Mohd Radzi Sheikh Ahmad itu didedahkan menjadi calon YDP Dewan Rakyat selepas dipilih PN.

Perkara itu didedahkan ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam satu temu bual bersama sebuah stesen radio pada Selasa lalu.

Untuk rekod, bebelum ini Mohd Radzi pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen Kangar selepas memenangi pilihan raya 1982, 1986, 2004 dan 2008.

WhatsApp Image 2022-12-16 at 6.10.42 PM

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi juga antara yang didakwa bakal mengisi jawatan YDP Dewan Rakyat.

Namun, Wan Junaidi menafikan yang namanya dipilih kerana tiada sebarang notis untuk mengisi jawatan tersebut seperti yang dilaporkan.

Untuk rekod, pada tahun 2008, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

WhatsApp Image 2022-12-16 at 6.10.43 PM

Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof

Nama Mohd Ariff antara yang disebut-sebut menjadi YDP Dewan Rakyat memandangkan dia pernah memegang jawatan itu ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama tempoh 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Namun, Mohammad Ariff berkata, dia tidak mempunyai maklumat berhubung pelantikan jawatan itu.

Selain itu, dia juga merupakan YDP Dewan Rakyat pertama yang tidak mewakili mana-mana parti politik dalam negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram