[VIDEO] Bukan setakat tengking, pelajar biadab siap ajak guru bertumbuk


  • Benua
  • Jumaat, 16 Dis 2022

Tangkap layar tindakan biadab seorang pelajar terhadap gurunya.

TULAR di media sosial video yang memaparkan seorang pelajar bertindak biadab terhadap gurunya dalam sebuah kelas pada 13 Disember lalu.

Kejadian difahamkan berlaku di sebuah sekolah di Indonesia dan terdapat beberapa pelajar lain yang cuba menenangkannya.

Suasana tegang antara guru itu turut dilihat beberapa murid lain yang berada di dalam kelas tersebut.

Guru tersebut bagaimanapun berada dalam keadaan tenang dan tidak bertindak untuk melawan murid tersebut.

Namun, pelajar itu yang dilihat bertindak melampau hingga mencabar guru tersebut untuk bertumbuk dengannya.

Bagaimanapun, belum diketahui secara jelas apa penyebab kejadian itu berlaku dan lokasi sekolah yang terlibat.

Sementara itu, rata-rata warganet yang melihat kejadian itu mahu guru tersebut membuat laporan polis atas apa yang berlaku.

Malah, ada yang berharap supaya video tular itu dapat dilihat ibu bapa pelajar tersebut supaya mereka tahu perangai sebenar anaknya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram