Polis nafi beri lesen anjur Perhimpunan Solidariti Tuntutan Bersasar KWSP 2.0


  • 112
  • Jumaat, 16 Dis 2022

PDRM menjelaskan bahawa pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan apa-apa perhimpunan solidariti.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan memberi sebarang persetujuan atau kebenaran bagi Perhimpunan Solidariti Tuntutan Bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0.

Menurut satu kenyataan PDRM pada Jumaat perhimpunan berkenaan adalah anjuran Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR) yang akan diadakan pada 7.30 pagi, Isnin ini di pintu masuk Parlimen.

"Poster berkenaan telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook di pautan https://www.facebook.com/AzmieBugis01/posts/pfbid0G9t1zGsftaDQdgUvbNNeH83xJZLEEzMBfq7FHWLZooxmP42pAJ3qA41jynnEN6Uql dan tular di media sosial,” katanya.

PDRM menjelaskan bahawa pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan apa-apa perhimpunan solidariti itu seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang selain meminta mereka sentiasa merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, poster, nafi, perhimpunan, KWSP