[VIDEO] Angkat mayat guna penyodok, bayi malang cukup sifat dibuang ibu durjana


  • Tular
  • Isnin, 12 Dis 2022

Mayat bayi tersebut ditemui penduduk tempatan hanyut dibawa arus ketika hujan lebat di dalam parit dalam keadaan sempurna.

BEBERAPA penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan mayat bayi perempuan cukup sifat dalam sebuah parit pada Ahad.

Kejadian menyanyat hati itu dipercayai berlaku di Kampung Melayu Kampung Melayu, Johor Bahru, Johor.

Penemuan mayat bayi berkenaan dikongsikan semula oleh seorang warga awam yang hanya dikenali sebagai Wan di aplikasi Telegram Update Info pada Isnin pagi.

Menurut Wan, mayat bayi tersebut yang dalam keadaan sempurna tersebut ditemui penduduk tempatan ketika hanyut dibawa arus di dalam sebuah parit semasa hujan lebat.

"Bayi sudah meninggal dunia ketika dijumpai warga... dan itu gambar-gambar ibu yang sanggup buang anak sendiri. Sekarang tebus kesalahan dalam lokap.

"Terjadi pagi tadi (Ahad) di Kampung Melayu, Johor Bahru," tulisnya.

Dalam video tersebut memaparkan dua orang individu mengangkat bayi tersebut dari dalam parit menggunakan penyodok.

Turut kedengaran suara beberapa orang wanita yang bersimpati dengan keadaan bayi berkenaan.

"Sini, sini nak, aduhh kesian. Bayi perempuan, bayi perempuan," katanya.

Wanita itu kemudiannya dilihat meletakkan mayat berkenaan di dalam sebuah kotak khas yang disediakan.

Turut tular beberapa keping gambar keadaan mayat bayi perempuan berkenaan yang masih sempurna dan seakan-akan sedang tidur.

Bayi itu dipercayai baru sahaja dilahirkan berdasarkan berdasarkan tali pusat dan uri yang masih bersambung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga awam mengecam tindakan individu yang membuang bayi malang berkenaan.

Seorang pengguna Telegram, Nani mengutuk perbuatan ibu bayi berkenaan.

"Manusia berhati binatang, sampai hati buat macam itu pada bayi yang tidak berdosa. Kalau dapat kat aku, memang lunyai aku ganyang, manusia jahanam," tulisnya.

Manakala Wani pula tidak dapat menahan kesedihannya melihat gambar tular bayi malang berkenaan.

"ALLAH, mengalir air mata aku melihat gambar bayi yang cantik ini. Sampai hati si ibu, kenapa perlu buang. Mana sifat kemanusiaan, ALLAH," katanya.

Namun begitu, tidak dapat lokasi sebenar kejadian tersebut berlaku dan pihak Majoriti sedang cuba mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram