Jika bukan Zahid, ada 3 pemimpin layak dilantik TPM


  • Politik
  • Selasa, 06 Dis 2022

Tiga nama diberikan netizen sekiranya Zahid tidak menjadi TPM.

PERBINCANGAN mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) masih menjadi perdebatan ramai walaupun pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan telah diumumkan pada Jumaat.

Rata-rata netizen masih mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai TPM di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertikaian tersebut dipercayai disebabkan Presiden Umno itu masih mempunyai kes di mahkamah.

Netizen menganggap individu yang mempunyai kes mahkamah kurang sesuai untuk dilantik sebagai sebahagian barisan jemaah menteri.

Berikut, Majoriti menyenaraikan tiga calon yang dikatakan layak dilantik TPM berdasarkan kemahuan netizen :

SEREMBAN, 29 Nov -- Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) memberi pandangan semasa sesi pertanyaan dan jawapan lisan pada Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 di Wisma Negeri, hari ini.-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat merupakan individu yang disebut-sebut layak menjawat jawatan tersebut sebelum ini.

Tok Mat menjadi pilihan netizen berikutan kredibilitinya yang diterima rakyat dan parti.

Pengalaman beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dikatakan mampu memberi impak positif kepada negara.

Rata-rata netizen menyokong pelantikan beliau sekiranya terpilih menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan menjadi sebahagian barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 22 Jan -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemu bual Bernama hari ini.Usaha Top Glove Corporation Bhd menawarkan 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dihargai, namun keselamatan dan kebajikan mereka perlu dititikberatkan.Syarikat itu perlu memastikan semua bakal pekerjanya menjalani ujian saringan COVID-19, bagi mengelakkan jangkitan baharu dalam kalangan mereka, selain menyediakan kemudahan penginapan bagi mereka yang menghadapi masalah itu.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon seterusnya yang dikatakan layak menjawat jawatan sebagai TPM.

Ahli Parlimen Bera itu mendapat kepercayaan rakyat dan ia terbukti selepas beliau berjaya mempertahankan Parlimen Bera selama lima penggal berturut-turut.

Kewibawaan Ismail ketika menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 berjaya menambat hati rakyat.

Ketika negara dilanda pandemik Covid-19, Ismail menjadi watak penting menyelamatkan negara termasuk merangka strategi membendung wabak itu dari terus merebak.

KUCHING, 10 Jun -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Kerajaan Sarawak dengan Beijing BECA Sci-Tech Co Ltd dan Sinopec Engineering Incorporation hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARAÊÊ

Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Jawatan TPM juga harus mempertimbangkan blok Borneo iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai kerusi terbesar.

Individu seterusnya yang dikatakan layak mengisi jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan ialah Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gedong.

Bagaimanapun, beliau harus melepaskan jawatan sebagai Premier Sarawak yang disandangnya sejak 2017 sekiranya menjadi pilihan untuk jawatan itu termasuk dilantik sebagai Senator di Dewan Negara sebelum menjadi TPM.

sebkabinet-1536x940

Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini, Abang Johari memberi bayangan bahawa kerajaan baharu harus mengambil kira GPS bagi mengukuhkan perpaduan.

Menerusi kepimpinan Abang Johari, GPS berjaya memenangi 23 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan di Sarawak.

Ia secara tidak langsung membuktikan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin dan layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

WhatsApp Image 2022-12-04 at 3.01.59 PM (4)

Senarai 28 Menteri Kerajaan Perpaduan.

Pada Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 28 Menteri dipilih menjadi sebahagian barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan terdiri daripada PKR (8), Umno (6), GPS (5), DAP (4), Amanah (2), UPKO (1), GRS (1) dan satu calon bebas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram