Agong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia


  • Primer
  • Khamis, 01 Dis 2022

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Watikah Pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia pada Khamis.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Turut berangkat ke istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Jose Luis Pardo Cuerdo dari Sepanyol, Betty Oyella Bigombe (Uganda), Jacques Louis Werner (Belanda), Valeria Csukasi (Uruguay), Peter Van Acker (Belgium), Dilli Raj Poudel (Nepal), Florence Buerki Akonor (Ghana), Ali Hussain Didi (Maldives) dan Yeo Seung-bae (Korea).

Selain itu, Fleming Raul Duarte Ramos dari Paraguay, Houssein Sidi Abdellah Deh (Mauritania) dan Tumur Amarsanaa (Mongolia).

Hadir sama pada istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zain. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram