SEORANG lelaki lelaki berusia 37 tahun ditahan pihak polis di Kabupaten Bandung Barat, Indonesia, pada Sabtu selepas disyaki merogol dua anak kandungnya sejak setahun lalu.
Ketua Polis Daerah Padalarang, Kompol Darwan berkata, suspek kini sudah ditahan dan kes dipindahkan ke balai polis Cimahi.
"Kedua-dua sudah diserahkan kepada Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA).
“Pihak polis juga sudah menahan suspek dan dia akan didakwa melakukan perbuatan amang seksual terhadap anak kandungnya sendiri,” katanya kepada wartawan di Ngamprah pada Sabtu.
Sementara itu, Ketua Agensi Kawalan Penduduk, Perancang Keluarga, Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak, Eriska Hendrayana mengesahkan sudah berjumpa serta menghulurkan bantuan kepada kedua-dua mangsa.
"Mangsa adalah kakak dan adik yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun.
“Mangsa telah diberikan bantuan, dan ditemani semasa melalui pemeriksaan di Hospital Cibabat,” jelasnya.
Memetik laporan media antarabangsa, berdasarkan maklumat yang diterima, anak perempuan suspek berusia 11 tahun dirogol sejak setahun yang lalu mana kala adiknya menerima nasib yang sama baru-baru ini.
Kedua-dua mangsa yang trauma kini masih menerima rawatan psikologi di hospital.
Pihak polis juga sedang melakukan sisatan dalaman terhadap isteri suspek. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram