Insiatif, perkhidmatan baharu lonjak reputasi Hospital Island Pulau Pinang


  • Massa
  • Ahad, 27 Nov 2022

Hospital Island sering menawarkan perkhidmatan rawatan terbaik kepada orang ramai dan pesakit luar.

USAHA Pulau Pinang untuk menerima gelaran 'Bandar Perubatan di Asia' ditingkatkan dengan pembukaan blok baharu di Hospital Island yang dikenali sebagai Peel Wing.

Selain dilengkapi infrastruktur serba lengkap, bangunan 12 tingkat itu juga mampu memenuhi keperluan kesihatan Pulau Pinang yang sering menerima pelancong dengan tujuan rawatan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Island, Mark Wee berkata, pembangunan baharu itu dapat menampung kira-kira 1.5 juta pesakit tempatan mahupun dari luar negara, yang kebanyakan merupakan warga Indonesia.

"Angka itu sudah meningkat setiap tahun dan kita menerima lebih daripada separuh pelancong kesihatan yang datang ke negeri ini," kata Wee dalam majlis pelancaran itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeaw berkata, hubungan antara kerajaan dan sektor swasta mewujudkan pelbagai peluang kepada masyarkat, lebih-lebih lagi dari segi pekerjaan.

Wee (right) leading (from left) Ramasamy and Chow on a tour of the new Peel Wing. – CHAN BOON KAI/The Star

Wee (kanan) ketika melakukan tinjauan untuk melihat perkembangan baharu Peel Wing.

"Dengan komitmen untuk memberikan rawatan yang berkualiti seperti yang diberikan Hospital Island, negeri ini berjaya meraih perhatian ramai sebagai salah satu destinasi terbaik untuk mendapatkan khidmat kesihatan.

"Kita sebelum ini sudah cukup dikenali dengan makanan dan perkara-perkara lain, tetapi kepakaran dan perkhidmatan dalam bidang kesihatan adalah satu tarikan baharu," katanya.

Tambah Chow, Penang menyumbang sehingga 61 peratus pendapatan negara dalam sektor perkhidmatan kesihatan dengan kutipan sehingga RM567 juta selain dijangka akan melebihi RM2 bilion pada 2023.

Selain itu, pembukaan Peel Wing itu turut menarik lebih ramai pakar kesihatan muda yang sebelum ini berhijrah ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan lebih baik.

Berdasarkan perkongsian ketika ini, bangunan baharu itu mampu menempatkan sehingga 14 bilik pembedahan serta 300 katil untuk pesakit menerima rawatan.

Rawatan pergigian juga merupakan antara cabang baharu yang diperkenalkan selain beberapa kemudahan lain dari segi nuklear, termasuk pembedahan stereotaktik dan radioterapi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram