Menang hadiah besar tawaran kempen 'Save & Win a BMW iX3'


  • Bizz
  • Khamis, 24 Nov 2022

Dengan hanya membuka akaun, peserta berpeluang menjadi pemilik BMW iX3.

INGIN memenangi hadiah besar dengan mudah? Ada berita baik untuk anda!

Syarikat perbankan, UOB menganjurkan kempen 'Save & Win a BMW iX3' yang mana dengan setiap pembukaan akaun simpanan melalui Aplikasi UOB Mighty mulai 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023, pendeposit layak menerima ganjaran wang tunai sehingga RM371 sempena ulang tahun ke-71 UOB (tertakluk pada syarat) sebagai ganjaran alu-aluan.

Selain itu, bagi setiap purata baki bulanan RM500, anda akan mendapat peluang sebanyak 20 entri untuk memenangi cabutan hadiah utama iaitu sebuah BMW iX3 atau hadiah istimewa sebanyak RM710 ganjaran tunai.

Untuk nikmati ganjaran ini, ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk membuka akaun simpanan dengan hanya menggunakan telefon bimbit anda.

  1. Membuka Akaun ProSave -i secara dalam talian melalui Aplikasi UOB Mighty.
  2. Syarat Ganjaran Alu-aluan – Mendeposit sekurang-kurangnya RM1,000 dan mengekalkan baki minima pada tarikh baki untuk mendapat sehingga RM 371 ganjaran tunai.
  3. Cara untuk mendapatkan penyertaan bagi memenangi sebuah BMW iX3 atau RM710 ganjaran tunai adalah seperti berikut:
  • Sebanyak 10 penyertaan dari setiap RM500 purata baki bulanan dalam akaun simpanan ProSave-i yang dibuka di cawangan bank atau kiosk.
  • Sejumlah 20 penyertaan dari setiap RM500 purata baki bulanan dalam akaun simpanan ProSave-i yang dibuka melalui Aplikasi UOB Mighty.

Akaun ProSave-i dilengkapi dengan perlindungan takaful tanpa caj, di bawah Pelan ProSave Takaful sehingga RM10,000 seiring dengan dasar prinsip Syariah Tawarruq yang mana prinsipal pemegang akaun dilindungi.

Akaun ini juga merupakan penyelesaian pengurusan kekayaan patuh syariah yang diubah suai untuk membantu pelanggan menyimpan, mengembangkan dan melindungi wang simpanan mereka.

Dengan pembukaan akaun melalui aplikasi UOB Mighty, anda boleh menikmati perkhidmatan perbankan digital ‘Mighty Insights’ yang dipacu kecerdasan buatan ‘Artificial Intelligence’ (AI) pertama di negara untuk menjadikannya lebih mudah sekali gus pelanggan dapat mengurus kewangan sendiri dengan bijak.

Melalui inovasi terbaru ini, anda akan menerima cerapan (insights) yang diperibadikan berdasarkan corak perbankan dan perbelanjaan, memperkasakan untuk memantau dan mengurus simpanan serta perbelanjaan dengan mudah untuk menjangka keperluan aliran tunai dari masa ke semasa.

Ganjaran menarik sedang menanti anda. Jadi apa di tunggu lagi, apa kata buuka Akaun Prosave-i sekarang untuk menikmati ganjaran. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan Kempen ini, anda boleh melayari go.UOB.com/71.

Tertakluk kepada terma dan syarat. UOB Malaysia adalah ahli PIDM. Akaun Prosave-i dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit. Perlindungan Takaful ditaja jamin oleh Prudential BSN Takaful Berhad (200601020898). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram