YA, selepas dua tahun menyepi akibat Covid-19, kini hantu Halloween kembali lagi!
Nights of Fright 8 membuat kemunculan semula tahun ini dan ia menjanjikan pengalaman yang lebih menakutkan berbanding edisi sebelum-sebelum ini!
Tambah menarik, ia menyajikan lapan rumah hantu yang dibawakan oleh taman tema Sunway Lagoon dan The Sudden Impact Entertainment Company.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pesta ikonik yang menakutkan ini berjaya memenangi pelbagai anugerah dan untuk menghantui hidup anda kali ini, Sunway Lagoon akan dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Oktober 2022.
Festival of Fear juga akan mengadakan tayangan perdana malam 'Opening Fright' pada Jumaat, 30 September 2022.
Nights of Fright 8 menyajikan lapan rumah hantu yang dibawakan oleh taman tema Sunway Lagoon dan The Sudden Impact Entertainment Company.
Bukan rumah hantu sahaja tetapi Nights of Fright 8 akan mempersembahkan teater berhantu, zon menakutkan, ‘thrill rides’, dan beberapa acara menarik di pentas utama mereka.
Bagi yang tidak sabar mahu mencabar diri, tentu sekali perasaan cemas dan takut akan dirasai ketika berdepan 'hantu-hantu' yang berkeliaran dan muncul tanpa diduga.
Tak kira di mana anda berada, bersiaplah untuk ‘Festival of Fear’ yang pastinya menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Selain itu, Sunway Lagoon juga membuka sesi uji bakat untuk pencarian kru-kru yang ingin bersama memeriahkan acara Nights of Fright 8 nanti. Bagi yang berminat memegang watak 'hantu', apa kata sertai uji bakat yang akan diadakan bermula 6 Ogos ini.
Sunway Lagoon juga membuka sesi uji bakat untuk pencarian kru-kru yang ingin bersama memeriahkan acara Nights of Fright 8 nanti.
Jadi apa di tunggu lagi, nantikan butiran uji bakat yang akan dikeluarkan tidak lama lagi di sunwaylagoon.com/nof8.
Umum tentunya tahu, sebelum ini ‘Festival of Fear’ dikenali sebagai festival terbesar yang paling menakutkan di Malaysia, malahan ia menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis hantu dan makhluk menakutkan.
Seperti acara tahun-tahun terdahulu ia akan bermula pukul 7.30 malam sehingga 11.30 malam dan hanya dibuka selama tiga hari bermula setiap Jumaat. Bagaimanapun, sehingga kini harga tiket rasmi bagi festival tersebut belum diumumkan.
Adakah anda rasakan Nights of Fright 8 akan menjadi lebih menakutkan berbanding yang dahulu? Apa lagi jom rancang kunjungan anda bersama rakan dan keluarga untuk merasai pengalaman menyeramkan sepanjang Oktober ini di 'Festival of Fear'. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram