PENDUDUK di sekitar daerah Klang, Selangor diarah peka dengan risiko berdepan fenomena air pasang besar yang bermula sejak Selasa hingga Ahad ini yang mungkin membawa kepada bencana banjir.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang dalam kenyataan melalui Facebook Pejabat Daerah/Tanah Klang pada Rabu memaklumkan, ketinggian paras air laut dijangka mencecah 5.3 meter pada Khamis dan Jumaat ini.
Justeru, pihaknya mengingatkan warga Klang untuk sentiasa bersedia dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling dan mendapatkan maklumat terkini mengenai cuaca serta arahan lanjut daripada pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.
Orang awam boleh membuat laporan berhubung kejadian bencana dengan menghubungi talian kecemasan melalui WhatsApp Pejabat Daerah dan Tanah Klang (24 jam) di nombor 010-869 1067.
Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang juga dibuka sejak Selasa hingga 27 November ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram