[VIDEO] 'Tangisan Jawa Barat', 44 terkorban, 700 cedera akibat gempa bumi


  • Berita
  • Isnin, 21 Nov 2022

Antara rumah penduduk yang mengalami kerosakan teruk selepas gempa bumi berukuran 5.6 magnitud di Cianjur, Jawa Barat pa Isnin. — Gambar AFP

SEKURANG-KURANGNYA 44 orang terkorban dan 700 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi yang menggegarkan Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Indonesia pada Isnin.

Ketua Pentadbiran Cianjur, Herman Suherman berkata, jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 700 orang setakat ini.

"Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia adalah akibat kecederaan parah ekoran daripada dihempap runtuhan bangunan,"

"Bekalan elektrik di ibu kota Kabupaten (Daerah) Cianjur turut terputus setakat ini," katanya.

Tambah Herman lagi, pihaknya tidak dapat memberi memberi angka sebenar kerosakan bangunan yang terkesan ekoran daripada gempa bumi itu.

Sebelum ini, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Cianjur melaporkan dua maut akibat gempa menggegarkan Kabupaten Cianjur, Jawa Barat pada pukul 1.21 petang Isnin.

Sementara itu, Agensi Cuaca dan Geofizik (BMKG) berkata, gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan ibu kota Indonesia Jakarta selama beberapa saat.

"Pusat gempa berada di darat di sekitar Cianjur di Jawa Barat, pada kedalaman 10 kilometer dan memaklumkan setakat ini tiada potensi tsunami dilaporkan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram