BN mohon lanjut tempoh serah SD kepada Agong


  • Politik
  • Isnin, 21 Nov 2022

Ahmad Zahid berkata, kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan BN bersama mereka bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar.

BARISAN Nasional (BN) memohon tempoh penyerahan surat akuan bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong dilanjutkan bagi membolehkan rundingan bersama gabungan lain diadakan.

Demikian menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadiri pertemuan dengan pimpinan tertinggi komponen Pakatan Harapan (PH) termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada Isnin.

Yang di-Pertuan Agong menitahkan ketua parti-parti politik dan gabungan parti politik yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak maklumkan kepada Istana Negara sebelum 2 petang, Isnin bagi pembentukan kerajaan baharu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan BN bersama mereka bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram