Prabakaran kekal rekod Ahli Parlimen termuda


  • Politik
  • Ahad, 20 Nov 2022

Prabakaran yang pernah menjadi calon termuda pada PRU14 mengekalkan kerusi Parlimen Batu.

KERUSI Parlimen Batu yang menjadi kerusi paling hangat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila menyaksikan pertembungan 10 penjuru kekal milik penyandangnya, P Prabakaran dari Pakatan Harapan (PH).

Prabakaran yang pernah menjadi calon termuda pada PRU14 mengekalkan kerusi itu untuk penggal kedua sekali gus membuktikan dirinya wakil rakyat pilihan dalam kalangan pengundi di situ.

Ahli politik muda berusia 26 tahun itu menang dengan majoriti besar 22,241 walaupun dicabar penyandang Parlimen Batu selama dua penggal sebelum ini, Tian Chua yang kini bertanding atas tiket Bebas.

Berdasarkan keputusan rasmi SPR, Prabakaran mendapat 45,716 undi.

Bebas - Nur Fathia (Cleopatra) lined up before marching to the nomination centle at SMK Sentul Utama, Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur .-Ong Soon Hin / The StarReporters :  shalini

Cleopatra kalah dalam saingan 10 penjuru di Batu. — Facebook

Calon Perikatan Nasional (PN), Azhar Yahya yang memberi saingan sengit kepada Prabakaran mendapat 23,475 undi.

Wakil Barisan Nasional (BN), A Kohilan Pillay mendapat 10,398 undi dan telah hilang deposit.

Turut hilang deposit ialah Naganathan Pillai (Parti Warisan) dan Wan Azliana Wan Adnan (Parti Pejuang Tanah Air).

Empat lagi calon Bebas yang turut mencuba nasib termasuklah peguam, Siti Kassim; pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin yang lebih dikenali dengan nama 'glamour' Cleopatra; Mohd Zulkifli Abdul Fattah dan Too Cheng Huat, juga hilang deposit masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram