Petugas SPR maut sah positif Covid-19


  • 112
  • Ahad, 20 Nov 2022

Petugas SPR terbabit ditemukan tidak sedarkan diri ketika bertugas sebelum disahkan maut akibat positif Covid-19. — Gambar hiasan

SEORANG petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist ACS, Jalan Raya Barat Klang, Klang, Selangor pada Sabtu disahkan maut berpunca daripada Covid-19.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, petugas SPR berusia 45 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri ketika sedang bertugas.

"Punca kematian lelaki berkenaan adalah disebabkan positif covid-19.

"Semua anggota polis yang bertugas bersama pegawai SPR berkenaan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, petugas SPR terbabit ditemui tidak sedarkan diri atas sebuah kereta buggy semasa bertugas di lokasi pusat mengundi terbabit.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah hari dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram