'Menang paling banyak kerusi, PH patut diberi peluang terlebih dulu bentuk kerajaan'


  • Politik
  • Ahad, 20 Nov 2022

PH wajar diberikan peluang untuk membentuk kerajaan terlebih dulu kerana memenangi majoriti kerusi Parlimen pada PRU15.

PAKATAN Harapan (PH) patut diberi peluang membentuk kerajaan terlebih dulu, kata Syahredzan Johan.

Peguam itu - yang memenangi kerusi Bangi untuk PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) - berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya mendakwa PN akan membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

logopru

Ini kerana tegas Syahredzan, PH memenangi kerusi terbanyak PRU15 walaupun tidak memperoleh majoriti di Parlimen.

“Mengikut konvensyen, Pakatan sepatutnya diberi peluang untuk membentuk kerajaan terlebih dahulu.

“PH adalah blok terbesar berbanding blok lain manakala PN adalah kedua,” ciapnya di Twitter pada Ahad.

Syahredzan (centre) beat seven other candidates to win the Bangi seat with a majority of 69,701 votes.

Syahredzan (tengah) menewaskan tujuh calon lain di Parlimen Bangi dengan 69,701 undi.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tiada mana-mana parti memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam PRU15.

Berdasarkan keputusan rasmi sehingga pukul 4.30 pagi Ahad, Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Gabungan PN dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Selain itu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua).

Abdul Ghani ketika sidang media berhubung keputusan PRU15 berkata, tiga bahagian Parlimen tidak diumumkan iaitu Kota Marudu di Sabah dan Baram di Sarawak yang ditangguh berikutan masalah cuaca.

Pengundian bagi Parlimen Padang Serai di Kedah pula ditangguh ekoran kematian calon PH M.Karupaiya pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram