SUASANA di salah sebuah pusat pengundian Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Taman Kosas, Ampang, Selangor mula lengang sekitar pukul 1 petang bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi kawasan Parlimen Ampang sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut salah seorang petugas enggan dikenali yang menjaga pusat pengundian di SMK Taman Kosas, orang ramai dilihat banyak turun mengundi di waktu pagi di situ.
“Keadaan sedikit lengang berbanding waktu pagi yang mana ketika itu pada pukul 7-9 pagi sudah ramai yang beratur,” katanya kepada Majoriti.
Menerusi tinjauan Majoriti di SMK Taman Kosas, keadaan proses membuang undi pada pukul 1 petang berjalan dengan lancar turut dibantu beberapa petugas.
Terdahulu, kerusi Parlimen Ampang yang disandang Datuk Zuraida Kamaruddin sejak 2008 menyaksikan persaingan sengit dengan pertembungan sembilan penjuru pada PRU15.
Zuraida dicabar Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen mewakili Barisan Nasional (BN), Rodziah Ismail (Pakatan Harapan), Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional) dan Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang).
Turut bertanding, Lai Wai Chong (Warisan) dan tiga calon Bebas, iaitu Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, Tan Hua Meng serta M Raveendran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram