PRU15: Sarawak isytihar 18 November cuti umum


  • Primer
  • Selasa, 15 Nov 2022

Abang Johari mengumumkan cuti umum Sarawak pada 18 November ini sempena PRU15.

KERAJAAN Sarawak mengumumkan cuti khas pada 18 November ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Keputusan itu katanya, adalah hasil perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang turut mengumumkan cuti khas kebangsaan pada 18 dan 19 November 2022.

"Saya berbincang dengan Perdana Menteri semalam (Isnin) di Selangau dan beliau mengumumkan cuti umum khususnya pada 18 November untuk membolehkan orang ramai pulang mengundi tanpa halangan.

"Manakala 20 November adalah hari Ahad, dan tidak ada masalah untuk mereka bersedia kembali bekerja," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan pentadbiran baharu Tanjung Manis pada Selasa.

1802610

Tambahnya, ia penting bagi membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan memudahkan pengundian.

Sabtu lalu, Abang Johari berkata, Sarawak tidak berhasrat mengisytiharkan cuti umum pada hari sebelum pengundian kerana hari rehat tambahan untuk pekerja boleh menjejaskan produktiviti.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mempertimbangkan kesan ekonomi dan majikan daripada keputusan seperti mengisytiharkan cuti umum khusus. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram