Kehadiran di Dewan Rakyat bukan macam ke sekolah — Hadi Awang


  • Politik
  • Jumaat, 11 Nov 2022

Hadi Awang turut melahirkan rasa puas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan oleh semua ahli parlimen Pas. — Gambar Bernama

TAN Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan dirinya jarang hadir ke parlimen kerana mempunyai urusan lain termasuk menjalankan tugas-tugas khas.

Kata Presiden Pas itu, kebanyakan pihak tidak memahami kehadiran seseorang ahli parlimen ke Dewan Rakyat bukan seperti kewajiban pelajar hadir ke sekolah.

“Menteri tidak akan duduk dan menunggu. Mereka akan memberikan jawapan yang diperlukan dan apabila selesai, mereka akan menjalankan tugas lain di luar.

“Saya rasa ia tidak akan menjejaskan kita kerana mereka (pengundi) tahu saya ada tugas khas lain.

Abdul Hadi sebelum ini dikritik kerana menjadi antara ahli parlimen yang mempunyai rekod kehadiran paling rendah di Parlimen.

Grafik yang tular di media sosial menunjukkan bahawa daripada 89 hari Parlimen bersidang, Abdul Hadi hanya menghadiri 28 hari.

Sementara itu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatatkan paling rendah dengan 24 hari.

Selain itu, Abdul Hadi berkata, beliau sudah membuktikan dirinya dan mahu generasi muda lebih banyak terlibat dalam Parlimen.

“Saya pernah berucap selama dua jam malah pernah menjadi ketua Pembangkang – semua itu didokumenkan.

"Saya beri peluang kepada ahli parlimen yang muda untuk terlibat dalam perbahasan,"katanya lagi.

Pada masa sama, Hadi turut melahirkan rasa puas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan oleh semua ahli parlimen Pas.

Sementara itu, Abdul Hadi yang mempertahankan kerusinya di Marang berkata, ia juga boleh meningkatkan majoriti undi kemenangannya.

Beliau berkata faktor seperti krisis dalaman Umno dan hakikat bahawa ramai pemimpin mereka telah menyertai Perikatan Nasional. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram