[VIDEO] Peragut hati kering tengah jalan sesak di Setapak dah kena cekup


  • 112
  • Khamis, 10 Nov 2022

Tangkap layav video suspek meragut telefon bimbit milk seorang wanita di Jalan Genting Klang, Setapak.

PIHAK polis berjaya menahan seorang suspek yang terlibat dalam kejadian ragut di dalam sebuah kenderaan Perodua Myvi di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sebelum itu, mangsa, seorang wanita membuat laporan polis pada 5 November lalu.

Susulan laporan itu katanya, polis berjaya menangkap suspek utama, yang juga lelaki warga tempatan sekitar pukul 11.30 malam pada Rabu.

“Mangsa berada di dalam kereta sebelah penumpang hadapan dan berhenti di lampu isyarat, ketika itu cermin tingkap dalam keadaan terbuka.

“Suspek yang berusia 32 tahun tersebut dari arah belakang dengan menaiki sebuah motosikal terus meragut telefon bimbit mangsa lalu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ashari berkata, pihaknya berjaya merampas barang kes iaitu sebuah telefon bimbit dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula Rabu sehingga 14 November.

Terdahulu katanya, polis berjaya mengesan video tular berdurasi tujuh saat yang memaparkan kejadian ragut berkenaan di TikTok kira-kira pukul 10 pagi pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Polis, Ragut, Setapak, Viral, Myvi Warna Biru