SEKUMPULAN remaja yang bertindak menyamun sebuah kedai kopi di Indonesia pada Sabtu, dilihat belajar daripada kesilapan apabila premis itu dipenuhi anggota polis yang sedang berehat.
Kejadian itu yang berlaku di Jalan Pengayoman, Kecamatan, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia mengundang ketakutan ramai apabila beberapa orang awam dilihat melarikan diri akibat serangan tersebut.
Menyedari kejadian itu, beberapa anggota polis yang sedang menikmati hidangan dan minuman di kedai itu lantas bangun dan mengejar suspek.
Dikongsikan di laman Instagram, rakaman itu menerima lebih 17,000 jumlah tontonan setakat ini.
Anggota polis yang berada di lokasi kejadian adalah Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Makassar AKBP, Reonald Trauli Simanjuntak, Timbalan Ketua Unit Siasatan Jenayah Pesuruhjaya Polis Makassar, Rifai, Ketua Unit Siasatan Jenayah Makassar, Iptu Jeriyadi dan beberapa lagi anggota polis lain.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Makassar, AKBP Reonald Trauli Simanjuntak, serangan bermula sebaik sekumpulan remaja itu memecah masuk ke premis berkenaan secara tiba-tiba.
“Saya berada di lokasi kejadian bersama anggota yang lain ketika serangan tersebut.
“Penjaga letak kereta di situ menjerit memberitahu bahawa ada pergaduhan berlaku di luar kedai dan kami semua juga terkejut dengan jeritan itu," katanya.
Hasil tangkapan, pihak polis berjaya menahan kesemua tujuh suspek yang melakukan serangan itu dan merampas senjata tajam mereka.
Rata-rata warganet meninggalkan komen berhubung insiden tersebut.
“Masuk kandang singa, malang nasib samseng itu kerana tidak melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum merompak," kata alarafah.
“Mudah kerja polis tak perlu keluar untuk menangkap penjahat, mereka sendiri yang datang menyerah diri," jelas mzulfiandy.
“Terbukti penjahat itu memang kurang bijak, kalau nak mencuri pergi di bank, lebih banyak duit dari kedai kopi yang kebiasaannya kawasan polis berehat," tambah kulinersiantar.
Kesemua suspek kini ditahan dan disoal siasat polis untuk tindakan undang-undang selanjutnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram