SIFAT progresif dan mempunyai prestasi yang positif merupakan antara sebab orang ramai harus memberi peluang kepada calon Barisan Nasional yang bertanding di kerusi Parlimen Melaka, demikian kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Presiden MCA itu berkata, calon yang terdiri daripada muka muda dan baharu perlu diberi peluang untuk memimpin kawasan masing-masing.
“Mereka ini adalah individu yang cerdas dan muda yang boleh membawa banyak isu kepada parlimen.
“Ini termasuk isu berkaitan belia, peluang pekerjaan dan perniagaan, antara lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat pasar malam Tangga Batu di Melaka pada Ahad.
Calon Barisan Nasional di Melaka termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Lim Ban Hong yang bertanding di kerusi Tangga Batu; Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan (bertanding di kerusi Alor Gajah) dan Kon Qi Yao dari MCA untuk kerusi Kota Melaka.
Mengenai Ban Hong yang bertanding di kerusi Tangga Batu, Ka Siong berkata, perbincangan menyeluruh telah diadakan mengenai parti mana yang akan bertanding di kerusi Tangga Batu dan Alor Gajah.
“Ban Hong telah berada di kawasan Tangga Batu untuk tempoh yang paling lama, dan akan menjadi calon terbaik selepas perbincangan mengenai strategi terbaik bagi parti boleh memenangi kerusi itu,” katanya.
Malah, beliau juga berkata, bahawa adalah satu kerugian sekiranya Shahril tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Kerusi yang ditandinginya penuh dengan cabaran, yang mana dia menentang pasukan berwajaran tinggi di sana.
“Namun begitu, Shahril mempunyai kriteria serta bukan mudah untuk mencari pemimpin yang fasih berbahasa Inggeris dan Melayu. Dia juga mempunyai pemikiran yang progresif.
“Oleh itu, kita memerlukan pemimpin dinamik seperti Shahril,” katanya sambil menambah Shahril juga merupakan pengarah ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.
Ka Siong juga menegaskan bahawa bakat sebegini harus diperjuangkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia.
Hal ini kerana, individu seperti Shahril dan Ban Hong yang akan memimpin negara suatu hari nanti. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram