Dari demostrasi jalanan ke pentas PRU15, ini 5 sebab Adam Adli calon ideal pengundi Hang Tuah Jaya


  • Politik
  • Selasa, 08 Nov 2022

Adam Adli mempunyai kelebihan tersendiri untuk dipertaruhkan di Parlimen Hang Tuah Jaya. — Bernama

CALON muda yang dikemukakan oleh setiap parti sudah tentu antara yang memeriahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang kini memasuki fasa berkempen selama 14 hari.

Pertaruhan calon muda juga dijangka menambah semangat pengundi kali pertama yang dahagakan pemimpin muka baharu.

Antara muka baharu yang menjadi sebutan pengundi termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim yang bakal merebut kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya (HTJ), menerusi tiket Pakatan Harapan (PH).

Screenshot 2022-10-26 221832

Adam Adli bakal melakukan pertembungan dengan penyandangnya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

file7nhg87pjfnd1d955zosf (1)

Adam Adli (kiri) bersama dengan calon-calon pesaing bagi merebut kerusi Parlimen HTJ pada PRU15.

Pemimpin muda ini akan berdepan Datuk Mohd Ridhwan (BN), Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (Pejuang); dan Mohd Azrudin Md Idris (PN).

Meskipun pertama kali beraksi di pentas pilihan raya, namun beberapa kelebihannya tidak boleh dipandang rendah oleh pengundi-pengundi di HTJ.

Berikut beberapa kelebihan Adam Adli yang bakal menawan pengundi:

1) Sejarah dengan PKR

file7n5nz7e6agz104ktmmo8

Adam Adli (dua dari kanan) ketika satu sidang media bersama PKR.

Anak muda ini berkongsi sejarah dengan PKR, sekali gus menjadikannya sebati dengan politik parti tersebut.

Pada 16 September 2021, Adam Adli secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama-sama 20 aktivis muda dan pemimpin pelajar, antaranya peguam, Asheeq Ali Sethi Alivi; dan aktivis, Sarah Hadi.

Dalam Pemilihan Keadilan 2022, dia bertanding bagi merebut jawatan Ketua AMK Pusat bersama-sama pasukannya yang digelar 'Seangkatan'.

2) Nekad

Bendera PM

Kejadian ketika bendera Najib diturunkan. — MalaysiaKini

Pada 2011, Adam Adli nekad melawan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, yang juga Perdana Menteri ketika itu.

Ketika kejadian, dia bertindak menurunkan bendera memaparkan gambar Najib di ibu pejabat Umno, di ibu negara.

Adam Adli menyifatkan tindakan itu sebagai simbol kemenangan kepada siswa pada hari tersebut.

Dia juga dilapor tidak menyangka insiden itu akan mendapat perhatian media.

Hal ini kerana dia hanya menganggap tindakan menurunkan bendera itu yang digantikan dengan kain berslogan kebebasan akademik hanya satu ekspresi dirinya.

Bendera itu juga hanya digantikan untuk beberapa ketika sebelum beliau menaikkan semula bendera asal.

3) Lantang

file6a76a1yzlfn84j3bnmp

Adam Adli ditahan pada 2013 atas tuduhan menghasut.

Adam Adli yang aktif sebagai mahasiswa sejak masih menuntut di universiti dilihat lantang bersuara.

Walaupun dianggap sebagai calon payung terjun, namun Adam Adli tidak gentar untuk bersaing dengan calon-calon yang lebih berpengalaman.

Kehadiran Adam Adli juga dilihat akan membangkitkan semangat anak muda di Parlimen HTJ.

Pada 13 Mei 2013, dia ditahan atas kenyataan yang dibuat semasa forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Pada 2014, dia dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tetapi hukuman itu ditukar kepada denda RM5,000 selepas rayuan di Mahkamah Tinggi.

Beliau kemudian dibebaskan daripada tuduhan di bawah Akta Hasutan itu pada 22 Februari 2018.

4) Muda

file7jdytj9l311yl34oes9

Usia Adam Adli cukup ideal untuk menjadi Ahli Parlimen.

Walaupun baru berusia 33 tahun, tetapi Adam Adli mempunyai pengalaman politik yang meluas berbanding calon-calon muda lain.

Tambahan pula, usia berkenaan cukup ideal dan 'fit' untuk dia turun padang jika diberi peluang menjadi Ahli Parlimen kelak.

5) Berpengaruh

file632danyzoliguzkk4r5

Adam Adli mempunyai pengikut tersendiri.

Difahamkan, Adam Adli merupakan individu berpengaruh dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, Adam Adli mempunyai seramai 53,600 pengikut di Twitter; 31,128 (Facebook), 13,500 (Tiktok), dan 8,310 (Instagram).

Meskipun tidak mencecah sehingga sejuta pengikut, jumlah itu agak membanggakan buat pendatang baharu dalam dunia politik sepertinya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan tempoh berkempen selama 14 hari.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram