[VIDEO] ‘Akak H’ muka tak malu, selamba rembat kayu gantung sejadah


  • Tular
  • Ahad, 06 Nov 2022

Tangkap layar video suspek mengambil hanger kayu yang berada di hadapan kedai perabot di Klang pada Sabtu.

TULAR satu video seorang wanita bertindak mencuri hanger kayu yang lazim digunakan untuk menggantung sejadah dan telekung di sebuah premis perabot, dipercayai di Klang, Selangor pada Sabtu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita yang bertudung dan memakai baju berwarna merah jambu itu pada mulanya kelihatan bersahaja berjalan menuju ke arah premis tersebut.

Namun selepas menghampiri premis terbabit, suspek terus mengambil hanger kayu yang berada di hadapan kedai tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Ketika kejadian, suspek tanpa segan silu terus berjalan meluru laju ke arah kereta jenis Honda BRV yang berada di hadapan premis terbabit, dipercayai miliknya.

Setibanya di kenderaan miliknya, suspek membuka bonet kereta untuk menyimpan barangan yang dicuri sebelum masuk ke kereta dan memandu laju beredar dari kawasan itu.

Berdasarkan video berdurasi satu minit lima saat itu kejadian dipercayai berlaku di sekitar Bukit Cerakah, Klang, Selangor pada pukul 2 petang.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai malu dan mempersendakan tindakan wanita yang memandu kereta jenis Honda itu.

"Sedihlah kau perempuan, pakai kereta Honda, bergaya bukan main tapi ampai kayu yang berapa ringgit sangat itu yang kau curi," jelas Apex Runner.

"Buat sangkut kain telekung ke itu? ini sejenis memang panjang tangan dari kecil, sebab tak ada rasa takut langsung," kata Sarah Mahidin.

"Ingat bawa Honda ini kaya-kaya, rupa-rupanya ada yang pencuri, confirm dia tak pergi kerja esok," ujar Shazarina Samsudin.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram