CALON bebas Port Dickson dan aktivis sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah mengeluarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Manifesto yang dikeluarkan kepada media melalui aplikasi WhatsApp, menunjukkan bahawa Abdul Rani, 67, itu akan memfokuskan untuk menjaga kebajikan veteran dan askar.
“Saya akan berusaha menyelesakan masalah yang dihadapi veteran Angkatan Tentera. Saya juga akan bangkitkan 'perkampungan lestari veteran (kampung veteran tetap)'," tulis manifesto itu.
Menurut Abdul Rani yang juga dikenali dengan panggilan ‘ayahanda’ itu, kem dan perumahan sedia ada untuk anggota Angkatan Tentera juga akan dikekalkan.
Dia juga berjanji akan menyelesaikan isu dokumentasi untuk anak yang dilahirkan tanpa nikah yang sah (perkahwinan tidak diiktiraf).
Port Dickson akan menyaksikan pertandingan lima penjuru dalam PRU15. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram