PRU15 : Muar, Segamat antara ‘kawasan panas’ di Johor — Polis


  • Politik
  • Sabtu, 05 Nov 2022

Datuk Kamarul Zaman Mamat

DUA belas daripada 26 kerusi Parlimen di Johor dikenal pasti sebagai ‘kawasan panas’ Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk Muar dan Segamat, kata Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

"Penguatkuasaan dan pemantauan akan digandakan di lokasi yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor pada Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu sebagai hari penamaan calon bagi PRU15, pengundian awal pada 15 November dan 19 November sebagai hari mengundi.

1795496

Kamarul Zaman berkata, seramai 3,800 pegawai dan anggota polis ditugaskan di kesemua 26 kawasan Parlimen di Johor untuk menjaga keamanan sepanjang PRU15.

Beliau berkata, permit untuk mengadakan ceramah boleh dimohon bermula pada Sabtu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram