Pendaki warga emas meninggal dunia di Gunung Pulai


  • 112
  • Ahad, 30 Okt 2022

Mangsa dilaporkan pengsan kira-kira 300 meter selepas memulakan pendakian. — Bernama

SEORANG lelaki warga emas maut selepas dilaporkan pengsan di puncak gunung ketika menjalani aktiviti mendaki secara berkumpulan di Gunung Pulai, Kulai, Johor pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Khairil Buang berkata, tujuh anggota bersama jentera dan ambulans digegaskan ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.49 pagi.

Beliau berkata mangsa, Tee Kok Soon, 55, dilaporkan pengsan kira-kira 300 meter selepas memulakan pendakian.

"Pasukan Keluaran Operasi bertindak menuju ke lokasi Tee pengsan dengan menaiki kenderaan orang awam dan seterusnya membawanya turun ke kaki gunung.

"Pihak Kementerian Kesihatan kemudian membuat pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan Tee meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Khairil berkata mayat Tee diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan tamat pada pukul 12.15 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bomba, warga emas, maut, pengsan, Gunung Pulai, pendaki