
DUA beranak maut manakala tiga anggota keluarga lain cedera ringan selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas di Jalan Terachi-Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Ahad.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Menanti Pegawai Bomba Kanan II, Norhirwan Zainal berkata, mangsa, Nuratika Arsad, 27, dan anaknya yang sedang dikenal pasti identiti, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.21 pagi (Ahad) sebelum sepasukan anggota dari BBP Seri Menanti dan Kuala Pilah digegaskan ke lokasi kejadian.
"Mangsa yang cedera ringan diselamatkan oleh pihak bomba sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan. Kes kemalangan berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram