TULAR satu rakaman video sekumpulan mat motor kelam-kabut menghentikan motosikal di tengah-tengah lebuh raya semata-mata mahu mengelak sekatan jalan raya dibuat oleh penguatkuasa di laluan tersebut yang pada Sabtu.
Lebih membinbangkan lagi, mereka bergadai nyawa berkumpul di laluan paling kanan untuk mengangkat motosikal masing-masing melepasi pembahagi konkrit ke laluan bertentangan untuk menyelamatkan diri.
Bukan sekadar membahayakan nyawa sendiri, tindakan mereka itu juga mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain yang mungkin boleh melanggar mereka.
Menerusi video tersebut juga ada sebahagian daripada ahli konvoi itu mengambil jalan mudah dengan melawan arus di laluan kecemasan supaya dapat mengelakkan diri daripada ditahan pada sekatan jalan raya itu.
Bagaimanapun lokasi kejadian itu tidak dapat dipastikan.
Menerusi tinjauan, Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai mengecam tindakan kumpulan konvoi motosikal terbabit.
"Aku okay dengan mat motor, tapi aku tak okay dengan mat motor tak ada adab atas jalan," jelas Dharma Zain.
"Datang lori sapu habis semua mati dekat situ, tak ke menyusahkan orang korang punya perbuatan ini," ujar Mohd Asif.
"Hidup jangan susahkan orang, aku main motor juga yang penting semua lengkap," kata Muhd Fadlin.
"Kalau dah kena lenyek dah susah, ride tak jadi tapi nyawa yang pergi," luah Safinas Mokhsin.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram