[VIDEO] Padah tak hirau petak kuning, rider tercampak dirempuh Kelisa di tengah KL


  • Tular
  • Isnin, 17 Okt 2022

Tangkap layar video penunggang motosikal itu dilihat menunggang dengan laju lalu merempuh kenderaan terbabit.

TULAR satu video kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal merempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Kelisa yang dipercayai berlaku di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Berdasarkan video yang tular di Facebook, pada mulanya pemandu kereta terbabit ingin memasuki simpang di lokasi kejadian.

Ketika insiden, penunggang motosikal itu dilihat menunggang dengan laju sebelum dirempuh Kelisa yang membelok melintasi petak kuning.

Berikutan pelanggaran itu, mangsa dilihat tercampak ke depan kereta yang merempuhnya.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian.

Difahamkan kemalangan yang berjaya dirakam berdurasi 32 saat tersebut berlaku pada Sabtu.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen kelihatan rata-rata orang ramai bimbang akan keadaan penunggang motosikal tersebut dan ada juga menasihati pemandu kereta supaya sentiasa berhati-hati.

"Aku rider juga, kesalahan memang dekat rider, bukan nak backup Perodua Kelisa, petak kuning itu memang kena berhati-hati kereta motosikal keluar masuk kiri kanan," ujar Saudagar Ketam.

"Laju-laju nak pergi mana itu, dah tahu jem santai-santai sahaja selit, tak semestinya kita di jalan lurus itu selamat," jelas Mohd Pauzi Ahmad.

"Kalau bawa slow pun tak sempat brake itu, selalu nampak kes macam ini," luah Abdul Hattaar.

Bagaimanapun, keadaan kedua-dua pihak akibat kemalangan itu tidak dapat dipastikan.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram