[VIDEO] Warga asing bengang, kehadiran orang ke-3 buatkan ilmu pukau tak lut di Shah Alam


  • Tular
  • Isnin, 17 Okt 2022

Tangkap layar video cubaan warga asing gagal memukau seorang juruwang wanita di Shah Alam.

TULAR di media sosial apabila warga asing dipercayai menggunakan ilmu pukau gagal memperdaya seorang pekerja kedai serbaneka di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Kejadian yang dipercayai berlaku di 7-Eleven, Shah Alam itu boleh dilihat menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan betapa liciknya taktik penipuan yang dilakukan suspek.

Suspek yang dipercayai warga asing pada asalnya datang ke premis berkenaan untuk membeli pemetik api, namun situasi mula berubah apabila dia meminta untuk membuat penukaran wang di kaunter bayaran.

Namun cubaan suspek gagal apabila juruwang tersebut memanggil pengurus premis berkenaan untuk menjelaskan situasi tersebut.

Tidak lama kemudian, warga asing itu kelihatan berang sebelum memulangkan semula pemetik api dan mengambil semula wang dan keluar dari premis terbabit.

Difahamkan, kejadian yang berjaya dirakam berdurasi tiga minit 55 saat tersebut berlaku pada Khamis.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen kelihatan rata-rata orang ramai berang dengan tindakan warga asing itu yang cuba memukau mangsa.

"Dah banyak kes macam ini, bukan pukau ini dia nak ambil kesempatan sahaja," jelas @mkh_khalif.

"Nasib ada kawan, kalau seorang tadi rasa memang dah kena, dia main psiko ini hati-hatilah," ujar @R.kay_official.

"Staff saya dulu pun hampir kena, tapi saya terus check CCTV, lepas itu keluar office terus maki customer itu, laju sahaja menonong keluar kedai," kata @Aisha Hajima.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram