Terperangkap akibat kepala air, lebih 40 pengunjung Telaga Tujuh Langkawi lalui detik cemas


  • 112
  • Ahad, 16 Okt 2022

Pasukan penyelamat berhadapan kesukaran untuk memasuki tempat kejadian kerana kepala air deras dan limpahan sungai.

SERAMAI 44 pengunjung air terjun Telaga Tujuh Langkawi, Kedah terperangkap akibat kepala air pada pagi, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, pengunjung terbabit datang untuk mandi di kawasan air terjun berkenaan sebelum cuaca hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya mendapat maklumat orang awam terperangkap di kawasan terbabit pada pukul 10.35 pagi.

"Setakat ini, kita dimaklumkan seramai 44 mangsa terperangkap di kawasan air terjun Telaga Tujuh.

"Bomba dan polis berada di lokasi bagi memberi bantuan. Operasi menyelamatkan semua mangsa masih dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Difahamkan, pasukan penyelamat berhadapan kesukaran untuk memasuki tempat kejadian kerana kepala air deras dan limpahan sungai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram